Sunday, October 29, 2006

Tatkala Adam kesunyian di syurga
Terdetik di hati utk berteman
Begitulah juga lazimnya di dunia
Kaum Adam tak mampu berseorangan

Dengan Arrahman Yang Esa
terciptalah Adam seorang Hawa
Dari rusuk Adam yang sasa
rusuk yang bengkok itulah asalnya Hawa
Dijadikan Hawa bukan dari kepala
Bukan utk menundukkan Adam
Tak pula dijadikan dari kaki
Bukan utk dizalimi
Dijadikan Hawa dari rusuk
Utk dijadikan Adam teman yang boleh dipimpin
Seiring bersama mengharungi hidup.

Rusuk yang bengkok melambangkan Hawa
Jika diluruskan dengan kasar ia patah
Punahlah segala organ dalaman
yang dilindungi rusuk nan bengkok itu.

Begitulah kejadian Hawa,
Yang penuh dgn kelemahan
Tapi sekiranya Adam lembut Dan bijak terhadapnya
Insyaallah rusuk yang bengkok itu berjaya diluruskan.

Sekiranya rusuk itu biarkan terus membengkok,
Maka rosaklah satu jasad.

Pada zahirnya rusuk yang bengkok tampak lembut
Tapi kelembutan itu kelemahan Adam
Yang punyai akal tapi tak berlapikan iman dan hikmah
Mudah buta dengan kelebihan Hawa

Runtuhnya Rome kerana Cleopatra,
Teraniayanya Nabi Yusuf kerana Siti Zulaikha
Derhakanya Saidina AlQamah kerana isteri tercinta,

Walau pelbagai contoh diberi
Namun Adam tetap tertipu
dengan nafsu sendiri,
Kecantikan zahir digilai
Kecantikan batin tolak ketepi.

Inilah punca bencana masyarakat
Bila nafsu mengawal diri
Bila nasihat agama dihindari.

Jika Adam masih jahil
sekiranya Adam masih bengkok,
Mana mungkin hawa diluruskan.
Sekiranya Adam diibarat ketam
HAwa tak mungkin berjalan lurus.

Bagi Adam dan Hawa
Toleransi perlulah ada
Dalam membina hidup yang penuh barakah.
Jangan mengharapkan sesuatu yang tinggi
Tanpa menilai diri sendiri
Berharaplah Pada Allah
kerana sesungguhnya janji Allah
"Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik"


ADAKAH KITA DAH CUKUP BAIK?????- confirm ke? tak confirm?

No comments: